Rabu, 8 Jun 2011

MARI BERTUKAR KE CLOTH DIAPER

CLOTH DIAPER


"CARA MENJIMATKAN KOS LAMPIN ANAK SEHINGGA
RM500 - RM1000 SETAHUN"
Apa itu Cloth Diaper (CD)???
  1. CD : cloth diaper / lampin kain moden yang terdiri daripada pocket diaper & insert.
  2. Pocket Diaper : lampin kain yang mempunya poket untuk memasukkan insert / soaker mengikut keperluan bayi. Terdiri daripada 2 item iaitu outer cover : PUL dan inner cover: Microfleede / suede
  3. PUL : singkatan daripada polyurethane laminate, sejenis fabrik yg digunakan sebagai lapisan paling luar (outer layer) dan bersifat kalis air untuk menghalang kebasahan dari dalam menembusi luar lampin.
  4. Fleece : sejenis fabrik yg tebal, gebu dan lembut terletak di antara kulit bayi dan insert / soaker.  Fabrik ini membuatkan bayi rasa kering dan selesa.
  5. Insert / soaker : penyerap kebasahan yg biasanya diperbuat daripada fabrik microfiber, digunakan bersama pocket diaper.
  6. Microfiber : diperbuat daripada 75% polyester 25% polyamide di mana ia berfungsi memerangkap kelembapan diantara fiber dan menyerap 8x ganda daripada beratnya.  Ringan dan nipis, microfiber kering dgn mudah dan mendapat lebih serapan dengan penggunaan kerap.  Elakkan menggunakan microfiber secara terus dgn kulit bayi kerana ia akan mengeringkan kulit bayi.
  7. Saiz : S, M & L --> one size.  Saiz boleh diubah sama ada S/M/L dengan menggunakan snap button / velcro yy disediakan, boleh dipakai kepada bayi dari lahir hingga 3 thn (3 - 15kg)



PERBEZAAN ANTARA CLOTH DIAPER & DISPOSABLE DIAPER

CLOTH DIAPER (CD)
                                
Dari Segi Kandungan Kimia:
Tanpa kandungan kimia seperti  yang terdapat dalam DD kerana fabrik yang digunakan adalah sangat lembut dan mesra dengan kulit bayi.

Dari Segi Pencemaran:
Ianya boleh dibasuh & diguna semula untuk masa akan datang.  Bahan buangan dari bayi pun dapat dilupuskan dengan mudah.

Dari Segi Penjimatan:
Walaupun harga sehelai CD nampak mahal bagi pengguna kerana harga sehelai CD dapat beli sepaket DD. Tapi jika fikir
jangka masa panjang kita boleh lihat perbezaan antara pemakaian CD & DD.

DISPOSABLE DIAPER (DD)

Dari Segi Kandungan Kimia:
Dari segi luaran ia nampak putih bersih tetapi  di dalamnya penuh dengan bahan kimia dan tidak disterilkan semasa pemprosesan.

Dari Segi Pencemaran:
DD merupakan 50% daripada sampah domestik rumah mengambil masa sehingga beratus tahun utk lupus.

Dari Segi Penjimatan:
Setiap kali nak pergi shopping, mesti kena beli DD. Ini bermaksud setiap bulan kita kena keluarkan duit untuk membeli DD.
Kos akan bertambah setiap tahun.


ANGGARAN PENGIRAAN ANTARA PENGGUNAAN CD & DD :

CLOTH DIAPER (dalam tempoh 1 tahun penggunaan)

RM30 x 20 pcs = RM600 (harga CD berbeza mengikut jenis)
* CD boleh dipakai untuk tahun seterusnya dan juga pada anak-anak yang lain

DISPOSABLE DIAPER (dalam tempoh 1 tahun pengunaan)

RM1 x 6 pcs x 365 hari = RM2,190 
* DD perlu dibeli setiap bulan / tahun yang melibatkan kos lagi tinggi berbanding penggunaan CD



"MEMPERKENALKAN CLOTH DIAPER"


 Saiz CD boleh diubahsuai dari New Born sehingga 15kg (2/3 tahun)


CARA-CARA MENCUCI CLOTH DIAPERS :

STEP 1 : BASUH TERLEBIH DAHULU UNTUK MEMBUANG SISA
              AIR KENCING ATAU NAJIS BABY YANG 
              TERSERAP / TERLEKAT PADA CD.
              KEMUDIAN RENDAM DALAM BALDI.


STEP 2 : MASUKKAN KE DALAM MESIN UNTUK DIBASUH.
              BASUH HANYA GUNAKAN SABUN SERBUK SAHAJA
              JANGAN GUNAKAN SOFTLAND / LIQUID / CLOROX
              KERANA IA AKAN MEROSAKKAN MATERIAL
              CD BERKENAAN


STEP 3 : SIDAI DI TEMPAT JEMURAN


STEP 4 : LIPAT DAN SIMPAN


Cara-Cara Menyediakan Cloth Diaper Untuk Dipakai


Untuk makluman, tujuan butang-butang yang terdapat di CD tersebut adalah utk pengubahsuaian mengikut size dan umur anak



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan